WELCOME TO T5CREW-SHARING IS GOOD

Dear visitor, you have not login.We recommend you to be registered and login.Be a T5 member now..just click register button....
If you forgot your password,Just Send PM to Admin this forum

IF YOU HAVE PROBLEM
EMEL ADMIN: amirz_69@yahoo.com



 
HomePortalSearchRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Brothers in Arms: Earned in Blood [Rip]
21st December 2011, 3:04 pm by amirz69

» The Suffering [Rip]
21st December 2011, 3:02 pm by amirz69

» Call of Duty: Modern Warfare 3 (Repack)
20th December 2011, 12:44 pm by amirz69

» Bully: Scholarship Edition (Repack)
20th December 2011, 12:42 pm by amirz69

» Assassin's Creed: Revelations (Repack)
20th December 2011, 12:41 pm by amirz69

» Battle: Los Angeles -SKIDROW
20th December 2011, 12:39 pm by amirz69

» The Secret Order: New Horizon
20th December 2011, 12:37 pm by amirz69

» Tom Clancy's Splinter Cell Chaos Theory [Rip]
20th December 2011, 12:35 pm by amirz69

» Tom Clancy's Splinter Cell Double Agent [Rip]
20th December 2011, 12:33 pm by amirz69

» Super Bikes Riding Challenge
20th December 2011, 12:30 pm by amirz69

Top posters
amirz69 (1336)
 
salman (286)
 
phantom (86)
 
akhtar (81)
 
fire lord (55)
 
pizol96 (45)
 
hitaci96 (43)
 
duwax (35)
 
asyraf t5 (33)
 
mikhailaiman (26)
 
Statistics
We have 304 registered users
The newest registered user is hafizkhan89

Our users have posted a total of 2056 messages in 1239 subjects
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

Most users ever online was 58 on 8th January 2016, 11:24 pm
CHATBOX
Live Traffic Map

Share | 
 

 Siapa dalang?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
asyraf t5
user
user


Posts : 33
Points : 67
Join date : 05/05/2010
Age : 20

PostSubject: Siapa dalang?   25th August 2010, 5:00 pm

# Wisma Putra digesa mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menyiasat dalang di belakang tindakan segelintir warga Indonesia yang terlibat dalam demonstrasi menghina Malaysia.

# Dalam pada itu, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang berdemonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kelmarin, turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia.

# Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta rakyatnya bertenang dan mengingatkan supaya hubungan baik Malaysia-Indonesia dijaga.

# Rata-rata rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia mencemuh perbuatan Bendera yang memijak Jalur Gemilang dan melempar najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia.

JAKARTA 24 Ogos – Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang mengadakan demonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam, dipercayai didalangi oleh pihak ketiga.

Kumpulan itu turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.

Ugutan itu dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kenyataan media di Internet.

Bendera turut mengecam kepimpinan Susilo yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia dan lambat menangani isu penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu.

Tahun lalu, beberapa orang aktivis Bendera ditangkap kerana melakukan operasi pengusiran rakyat Malaysia di hadapan ibu pejabat mereka di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat dengan menggunakan senjata buluh runcing.

Bagaimanapun, polis membebaskan mereka dengan alasan tidak ada senjata buluh runcing digunakan semasa tindakan Sweeping Malaysia itu.

Pada sidang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia hari ini, seorang anggota pembangkang dari parti Golkar, Tantowi Yahya meminta pemerintah Indonesia mengambil tindakan keras terhadap Malaysia.

Tantowi turut menyelar pemerintah Indonesia kerana merendah-rendahkan martabat negara itu apabila melakukan pertukaran pembebasan tujuh nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dengan tiga anggota penguat kuasa terbabit.

Dalam pada itu, jurucakap Polis Metro Jaya, Asisten Komisioner Daniel Bolly Tafaona berkata, empat aktivis Bendera yang ditahan dalam demonstrasi melontar najis semalam dibebaskan malam tadi kerana didapati tidak melanggar sebarang undang-undang.

“Kerana sasaran yang akan mereka lempar tidak sempat dilemparkan, kita bebaskan mereka,” jelasnya di sini hari ini.

Bagaimanapun difahamkan salah satu daripada lima bungkus najis yang dilempar telah masuk ke dalam premis kedutaan. – utusan.
Back to top Go down
View user profile http://otai.tk/
 
Siapa dalang?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: T5REVOLTZ KOMUNITI :: Berita Gempak-
Jump to: