WELCOME TO T5CREW-SHARING IS GOOD

Dear visitor, you have not login.We recommend you to be registered and login.Be a T5 member now..just click register button....
If you forgot your password,Just Send PM to Admin this forum

IF YOU HAVE PROBLEM
EMEL ADMIN: amirz_69@yahoo.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Similar topics
Latest topics
» Brothers in Arms: Earned in Blood [Rip]
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_icon_minitime21st December 2011, 3:04 pm by amirz69

» The Suffering [Rip]
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_icon_minitime21st December 2011, 3:02 pm by amirz69

» Call of Duty: Modern Warfare 3 (Repack)
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_icon_minitime20th December 2011, 12:44 pm by amirz69

» Bully: Scholarship Edition (Repack)
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_icon_minitime20th December 2011, 12:42 pm by amirz69

» Assassin's Creed: Revelations (Repack)
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_icon_minitime20th December 2011, 12:41 pm by amirz69

» Battle: Los Angeles -SKIDROW
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_icon_minitime20th December 2011, 12:39 pm by amirz69

» The Secret Order: New Horizon
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_icon_minitime20th December 2011, 12:37 pm by amirz69

» Tom Clancy's Splinter Cell Chaos Theory [Rip]
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_icon_minitime20th December 2011, 12:35 pm by amirz69

» Tom Clancy's Splinter Cell Double Agent [Rip]
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_icon_minitime20th December 2011, 12:33 pm by amirz69

» Super Bikes Riding Challenge
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_icon_minitime20th December 2011, 12:30 pm by amirz69

Top posters
amirz69 (1336)
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_lcapTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_voting_barTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_rcap 
salman (286)
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_lcapTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_voting_barTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_rcap 
phantom (86)
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_lcapTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_voting_barTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_rcap 
akhtar (81)
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_lcapTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_voting_barTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_rcap 
fire lord (55)
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_lcapTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_voting_barTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_rcap 
pizol96 (45)
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_lcapTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_voting_barTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_rcap 
hitaci96 (43)
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_lcapTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_voting_barTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_rcap 
duwax (35)
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_lcapTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_voting_barTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_rcap 
asyraf t5 (33)
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_lcapTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_voting_barTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_rcap 
mikhailaiman (26)
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_lcapTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_voting_barTenggorok Cedera Boleh Diselamat I_vote_rcap 
Statistics
We have 304 registered users
The newest registered user is minhtu

Our users have posted a total of 2056 messages in 1239 subjects
Who is online?
In total there are 14 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 14 Guests

None

Most users ever online was 74 on 17th January 2018, 11:20 pm
CHATBOX
Live Traffic Map

 Tenggorok Cedera Boleh Diselamat

Go down 
AuthorMessage
amirz69
Administrator
Administrator
amirz69

Posts : 1336
Points : 3198
Join date : 10/01/2010
Age : 27
Location : Kampung duyung,depan pc yg cantik,atas bumi terengganu

Tenggorok Cedera Boleh Diselamat Empty
PostSubject: Tenggorok Cedera Boleh Diselamat   Tenggorok Cedera Boleh Diselamat I_icon_minitime18th April 2010, 6:57 pm

Trauma peti suara boleh berlaku disebabkan kemalangan, kecederaan, di leher dan terhidu asap.

Pernahkah anda tersedak ketika minum atau makan? Biasanya kejadian itu sering dikaitkan dengan ada orang terutama saudara mara dan kenalan menyebut nama anda.

Sebenarnya, tersedak ketika minum atau makan adalah tindak balas spontan tenggorok atau peti suara (larynx) pada bahan asing yang terpercik di atasnya. Ia adalah tindak balas automatik tenggorok kepada benda asing berkenaan.

Tindak balas automatik ini menyebabkan tenggorok jarang mengalami trauma. Apatah lagi secara anatominya, tenggorok dilindungi struktur tubuh yang mantap. Di bahagian belakang, ia dilindungi kolum vertebra (struktur yang menyokong kepala dan tulang belakang), manakala di hadapan pula dilindungi rahang dan tulang dada.

Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Abdul Razak Rahman Hamzah, berkata trauma pada tenggorok selalunya dikaitkan dengan kecederaan pada muka dan dada. Walaupun jarang berlaku, mangsa kecederaan tenggorok boleh diselamatkan dan kecederaan yang minor mampu dipulihkan.

Umumnya trauma pada tenggorok jarang dilaporkan. Punca trauma paling biasa ialah terhidu asap yang banyak (misalnya terperangkap dalam kebakaran) sehingga berlaku radang. Ia menyebabkan seseorang sesak nafas dan boleh membawa maut.

Dr Abdul Razak berkata, trauma pada tenggorok juga boleb berlaku disebabkan faktor lain seperti kemalangan jalan raya atau industri, kecederaan sukan seperti terkena pukulan bola golf atau bola sepak (blunt trauma), leher tercedera kerana tersangkut pada ampai kain, leher cedera ditikam dengan alat tajam (penetrating trauma), tersedut asap terlalu banyak (inhalation trauma) atau terminum bahan kaustik (ingestion trauma).

"Walaupun kurang kerap dilaporkan, bagi mereka yang terselamat daripada trauma membabitkan kecederaan yang teruk, ia sukar dirawat dan mangsa mungkin akan menderita seumur hidup. Misalnya mereka yang terselamat daripada cubaan membunuh diri dengan meminum racun rumpai," katanya.

Dalam kes kecederaan yang teruk, jelasnya, saluran pernafasan dan pemakanan boleh menjadi sempit dan pembedahan mungkin tidak boleh membaik pulih sepenuhnya fungsi tenggorok dan saluran pemakanan pesakit.

"Umumnya kecederaan pada tenggorok akan menyebabkan masalah laluan pernafasan yang sangat serius. Malah, ia akan menjejaskan suara jika tidak didiagnos sebaiknya. Oleh itu, matlamat utama dalam rawatan awal kes sebegini ialah membantu pesakit bernafas.

Jika laluan pernafasannya terjejas, pesakit akan dibantu bernafas dengan laluan trakea," katanya. Selepas memastikan pesakit boleh bernafas, barulah fungsi vokalnya diperhatikan. Selalunya suara pesakit akan terjejas jika mengalami kecederaan serius.

Dr Abdul Razak berkata, berbanding golongan dewasa, kes kanak-kanak trauma pada peti suara tidak kerap berlaku kerana tenggoroknya berada di bahagian atas dan dilindungi rahang.

"Bagi orang dewasa, tenggorok sudah turun ke bawah. Justeru, orang dewasa lebih mudah mendapat kecederaan tenggorok. Misalnya, terhentak ke stereng kereta ketika memandu," katanya.

Katanya, kecederaan tidak serius mungkin hanya menyebabkan lebam, manakala jika serius menyebabkan tenggorok teralih atau retak.

Dr Abdul Razak berkata, simptom kecederaan peti suara selalunya terlepas pandang. Ia kerana simptomnya kadang kala hampir sama dengan simptom sakit tekak misalnya suara serak, suara hilang, sukar menelan, sesak nafas, terasa sakit pada tenggorok dan batuk berdarah.

"Suara serak dan hilang selalunya berpunca daripada radang pada tengkorok. Ia ditambah pula dengan kurang minum air. Bagi penyanyi, tersalah nada suara atau terlalu banyak menjerit akan menyebabkan tekanan pada tenggorok sehingga jadi serak," katanya.

Kecederaan yang tidak teruk boleh dipulihkan dengan merehatkan suara, kurang bercakap, minum air dan mengambil antibiotik. Rawatan kecederaan pada tenggorok adalah berdasarkan tahap kecederaan yang dialami pesakit. Perkara paling asas adalah memastikan ada laluan pernafasan. Jika salur nafasnya tertutup petugas perubatan menggunakan laluan trakea. Jika memerlukan pembedahan segera, pesakit akan dipantau 24 jam.

Selalunya,jika pesakit terselamat daripada kecederaan tenggorok yang teruk, dia sukar dipulihkan sepenuhnya. Diagnosa kecederaan pada peringkat awal penting untuk memastikan tahap kecederaan dan membaik pulih fungsi tenggorok ke tahap optima.

Untuk kecederaan yang kekal, laporan menunjukkan pemindahan tenggorok boleh dilakukan dengan jayanya melalui kes pertama pada 1998 di Amerika Syarikat. oleh Hafizah Iszahanid, Berita Harian
Back to top Go down
https://pungkingstang.forumms.net
 
Tenggorok Cedera Boleh Diselamat
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Boleh Jadi Gemuk Kerana Kawan, Pasangan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: T5REVOLTZ KOMUNITI :: Tips,Nasihat&Kesihatan-
Jump to: