WELCOME TO T5CREW-SHARING IS GOOD

Dear visitor, you have not login.We recommend you to be registered and login.Be a T5 member now..just click register button....
If you forgot your password,Just Send PM to Admin this forum

IF YOU HAVE PROBLEM
EMEL ADMIN: amirz_69@yahoo.com



 
HomePortalSearchRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Brothers in Arms: Earned in Blood [Rip]
21st December 2011, 3:04 pm by amirz69

» The Suffering [Rip]
21st December 2011, 3:02 pm by amirz69

» Call of Duty: Modern Warfare 3 (Repack)
20th December 2011, 12:44 pm by amirz69

» Bully: Scholarship Edition (Repack)
20th December 2011, 12:42 pm by amirz69

» Assassin's Creed: Revelations (Repack)
20th December 2011, 12:41 pm by amirz69

» Battle: Los Angeles -SKIDROW
20th December 2011, 12:39 pm by amirz69

» The Secret Order: New Horizon
20th December 2011, 12:37 pm by amirz69

» Tom Clancy's Splinter Cell Chaos Theory [Rip]
20th December 2011, 12:35 pm by amirz69

» Tom Clancy's Splinter Cell Double Agent [Rip]
20th December 2011, 12:33 pm by amirz69

» Super Bikes Riding Challenge
20th December 2011, 12:30 pm by amirz69

Top posters
amirz69 (1336)
 
salman (286)
 
phantom (86)
 
akhtar (81)
 
fire lord (55)
 
pizol96 (45)
 
hitaci96 (43)
 
duwax (35)
 
asyraf t5 (33)
 
mikhailaiman (26)
 
Statistics
We have 304 registered users
The newest registered user is hafizkhan89

Our users have posted a total of 2056 messages in 1239 subjects
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 58 on 8th January 2016, 11:24 pm
CHATBOX
Live Traffic Map

Share | 
 

 Pengeboman Metro Moscow 2010

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
amirz69
Administrator
Administrator


Posts : 1336
Points : 3198
Join date : 10/01/2010
Age : 20
Location : Kampung duyung,depan pc yg cantik,atas bumi terengganu

PostSubject: Pengeboman Metro Moscow 2010   11th April 2010, 7:21 pm

Pada waktu sibuk pagi 29 Mac 2010, berlakunya kejadian pengeboman berani mati[8] dilakukan oleh dua wanita Islam. [9][10] di dua stesen Metro Moscow. Pengeboman pertama berlaku di stesen Lubyanka disusuli satu lagi di stesen Park Kultury, lebih kurang 40 minit kemudian. Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh.[3] Siasatan awal mendapati bahawa pengeboman ini didalangi oleh pejuang pemisahan Chechnya.[5] Para pegawai Rusia menyifatkan kejadian ini sebagai "serangan pengganas yang paling mengancam dan tercanggih di ibu kota Rusia dalam masa enam tahun",[11] iaitu menyentuh peristiwa pengeboman di Avtozavodskaya and the Rizhskaya pada tahun 2004.

Pada 31 Mac, pemimpin pemberontak Chechen Doku Umarov mengaku bertanggungjawab kerana mengarahkan serangan itu sendiri dalam kenyataan video di Internet. Katanya, serangan di Rusia bakal berterusan.[12]

Kira-kira 48 jam selepas pengeboman Metro Moscow, berlakunya dua lagi pengeboman berani mati di Republik Caucasus Dagestan yang meragut nyawa ketua polis bandar orang ramai. Russia mendakwa ada kaitan antara kedua-dua peristiwa pengeboman di Moscow dan Dagestan.[13]

Kejadian

Letupan pertama berlaku di stesen Lubyanka kira-kira 7:56 pagi waktu tempatan (3:56 pagi UTC), diikuti letupan kedua di Stesen Park Kultury kira-kira 8:38 pagi. Keadaan huru-hara dan rempuh-merempuh berlaku di kedua-dua stesen di mana para penumpang cuba untuk melarikan diri.[5]

Kejadian letupan tersebut dipercayai merupakan pengeboman berani mati yang dilakukan oleh dua orang wanita yang memakai tali pinggang letupan, agaknya menggunakan peranti peletupan yang terpasang dalam telefon bimbit lalu dihidupkan oleh panggilan diri.[14] Waktu serangan adalah serentak dengan muatan penumpang maksimum sistem pengangkutan bawah tanah pada waktu sibuk pagi hari bekerja. Saksi-saksi memberi keterangan bahawa ada penumpang terselamat yang cedera parah sehingga melumur-lumur darah pada lantai dan dinding sehingga mendapat penjagaan doktor.[15]

Alexander Bortnikov, ketua FSB, berkata siasatan pihaknya menuju kepada "puak pengganas yang berhubungan dengan Caucasus Utara".[16]

Kesan

Kira-kira 11:00 pagi waktu tempatan, satu operasi khas dilancarkan untuk meronda-ronda semua stesen bawah tanah untuk mencari-cari pembayang yang ada untuk menjejak siapa di sebalik pengeboman ini. Briged kawalan pasport yang terdiri daripada militia setempat juga diaturkan ke setiap stesen Aliran Sokolnicheskaya.[17]

Menteri Dalam Negeri Rusia, Rashid Nurgaliyev berkata tahap keselamatan sedang dipertingkatkan di seluruh negara, "khususnya di bandaraya yang bersistem metro."[18] Selasa, 30 Mac diumumkan sebagai Hari Perkabungan seluruh negara.[19]

Perdana Menteri Vladimir Putin mengeluarkan dekri yang mengarahkan peruntukan 300,000 ruble (kira-kira AS$11,000) dari Tabung Simpanan sebagai pampasan kepada ahli keluarga mangsa korban pengeboman, tambah 18,000 ruble untuk perbelanjaan pengebumian, dan 50,000–100,000 ruble kepada yang tercedera dalam pengeboman, mengikut keparahan kecederaan setiap mangsa.[20][21]

Mangsa

Sekurang-kurangnya 39 orang terkorban dalam kedua-dua letupan ini,[3] termasuk 24 orang dalam letupan stesen Lubyanka, 12 dalam letupan Park Kultury, dan dua lagi dalam rempuhan yang berlaku di kedua-dua stesen selepas letupan, diikuti seorang lagi wanita yang meninggal akibat kecederaannya pada 30 Mac. Lebih 100 penumpang lain mengalami kecederaan ringan atau parah.[5][14]

Kewarganegaraan mangsa pengeboman diberi seperti berikut:[22]

Siasatan

Mengikut agensi berita Interfax yang memetik sumber pihak penguatkuasa undang-undang, kamera pengawasan merakam dua orang wanita berusia antara 18 dan 20 tahun, menaiki tren metro di stesen Yugo-Zapadnaya. Polis sedang mengejar dua orang wanita lain yang berwajah Slavik dan kelihatan menggembala pengebom tersebut ke dalam stesen. Keempat-empat mereka tidak menutup muka.[23] Para pegawai berasa bahawa pemberontak Muslim dari rantau Caucasus Utara yang bergolak dan merangkumi negeri Chechnya, mendalangi serangan ini[5][24][10], nyata ada hubungan dengan pejuang Islamiah[25][26].

Jawatankuasa Penyiasatan melancarkan penyiasatan jenayah mengikut Perkara 205 Kod Jenayah Rusia ("tindakan pengganas").[27]

Dalang

Dua orang wanita dipercayai telah menyebabkan letupan dalam dua serangan berani mati berturut-turut. Khidmat keselamatan Rusia, FSB menyangka bahawa "janda hitam" berketurunan Chechen yang ditemui mayat mereka mungkin merupakan isteri kepada pemberontak Caucasus Utara yang lama terkorban.[28] Muka mereka tidak terjejas dalam serangan itu. Serangan pertama dilakukan dengan daya trinitrotoluena (TNT) seberat 4 kg, manakala serangan kedua dilancarkan oleh wanita berambut gelap dengan TNT 2 kg yang diikat keliling pinggang. Kedua-dua bomnya diisi nat dan bol logam untuk mendahsyatkan lagi letupan.[4][29] Laporan yang belum disahkan menunjukkan bahawa dalang-dalangnya hendak membawa letupan mereka ke bangunan Kementerian Pertahanan Rusia di Jalan Arbat.[19] Pihak penguatkuasa undang-undang juga berspekulasi bahawa mereka tersilap stesen lalu terlepas salah satu sasaran asal mereka, iaitu stesen Oktyabrskaya. Mereka mendakwa bahawa rancangan serangan menjangka letupan di stesen Lubyanka yang terletak bersebelahan dengan ibu pejabat pusat FSB diikuti letupan di Oktyabrskaya yang dekat dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.[30]
[sunting] Reaksi

Berikutan serangan itu, Presiden Rusia Dmitry Medvedev dan Perdana Menteri Vladimir Putin mengecam perbuatan pengeboman itu lalu menyeru agar kelompok-kelompok pengganas terus diburu habis-habisan. Tambahan pula, Ramzan Kadyrov, Presiden Republik Chechen juga cepat mengecam serangan itu. Serangan ini turut dikecam oleh ketua-ketua dari tiga lembaga keagamaan terbesar di Rusia yang turut menuntut keadilan. Bapa Ortodoks Rusia Kirill dari Moscow dan Seluruh Rusia menyeru perpaduan, manakala Majlis Mufti Rusia berkata "tindakan pelampau dan pengganas tiada asasnya dalam Kitab Suci al-Qur'an," serta "pengganas tidak boleh menjadi Muslim dan Muslim tidak boleh menjadi pengganas."[31] Ketua rabai Rusia, Berel Lazar, berkata beliau yakin bahawa dalang di sebalik serangan pengganas akan dihukum dengan setimpal.[31]

Serangan ini juga mencetuskan kecaman dan ucapan takziah dari berbilang kerajaan dan ketua negara, termasuk Abkhazia,[32] Argentina, [33] Armenia,[34] Azerbaijan,[35] Belarus,[35] Bulgaria,[35] Kanada,[36] China,[37] Colombia,[38] the Republik Czech,[35] Estonia,[35] Perancis,[35] Georgia,[35] Jerman,[39] India,[40] Mexico, [41] Israel,[42] Latvia,[35] Lithuania,[43] Poland,[35] Serbia,[44][29][45] Tajikistan,[35] Ukraine,[43] United Kingdom,[46] dan Amerika Syarikat.[47][48]

Perhimpunan Kebangsaan Serbia bersenyap untuk seketika,[49] sementara Datuk Bandar Belgrade, Dragan Đilas, menyampaikan ucapan takziah kepada Yury Luzhkov, Datuk Bandar Moscow.[50]

Tahap keselamatan dan kehadiran polis di sistem pengangkutan bawah tanah dipertingkatkan di Bandaraya New York.[51]

Lebih-lebih lagi, Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan yang mengecam serangan tersebut serta meluahkan rasa simpati kepada mangsa dan juga kerajaan Rusia[52], manakala Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon mengecam tindakan pengeboman itu dengan luahan rasa "yakin bahawa pihak berkuasa Rusia akan mengheret dalang-dalang serangan pengganas yang sungguh kejam itu ke muka pengadilan." Ban turut mengucapkan takziah kepada para mangsa, sanak-saudara mereka, dan seluruh rakyat Rusia.[52] Setiausaha Agung NATO Anders Fogh Rasmussen dan Ketua Suruhanjaya Eropah José Manuel Barroso turut mengecam serangan itu, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, serta menyuarakan komitmen NATO dan Kesatuan Eropah untuk bekerjasama bersama Rusia untuk membanteras kegiatan pengganas antarabangsa.[35][53]
Back to top Go down
View user profile http://pungkingstang.forumotion.com
 
Pengeboman Metro Moscow 2010
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: T5REVOLTZ KOMUNITI :: Berita Gempak-
Jump to: