WELCOME TO T5CREW-SHARING IS GOOD

Dear visitor, you have not login.We recommend you to be registered and login.Be a T5 member now..just click register button....
If you forgot your password,Just Send PM to Admin this forum

IF YOU HAVE PROBLEM
EMEL ADMIN: amirz_69@yahoo.com
WELCOME TO T5CREW-SHARING IS GOOD

Dear visitor, you have not login.We recommend you to be registered and login.Be a T5 member now..just click register button....
If you forgot your password,Just Send PM to Admin this forum

IF YOU HAVE PROBLEM
EMEL ADMIN: amirz_69@yahoo.com
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Similar topics
Latest topics
» Brothers in Arms: Earned in Blood [Rip]
Jangan dilalaikan oleh dunia I_icon_minitime21st December 2011, 3:04 pm by amirz69

» The Suffering [Rip]
Jangan dilalaikan oleh dunia I_icon_minitime21st December 2011, 3:02 pm by amirz69

» Call of Duty: Modern Warfare 3 (Repack)
Jangan dilalaikan oleh dunia I_icon_minitime20th December 2011, 12:44 pm by amirz69

» Bully: Scholarship Edition (Repack)
Jangan dilalaikan oleh dunia I_icon_minitime20th December 2011, 12:42 pm by amirz69

» Assassin's Creed: Revelations (Repack)
Jangan dilalaikan oleh dunia I_icon_minitime20th December 2011, 12:41 pm by amirz69

» Battle: Los Angeles -SKIDROW
Jangan dilalaikan oleh dunia I_icon_minitime20th December 2011, 12:39 pm by amirz69

» The Secret Order: New Horizon
Jangan dilalaikan oleh dunia I_icon_minitime20th December 2011, 12:37 pm by amirz69

» Tom Clancy's Splinter Cell Chaos Theory [Rip]
Jangan dilalaikan oleh dunia I_icon_minitime20th December 2011, 12:35 pm by amirz69

» Tom Clancy's Splinter Cell Double Agent [Rip]
Jangan dilalaikan oleh dunia I_icon_minitime20th December 2011, 12:33 pm by amirz69

» Super Bikes Riding Challenge
Jangan dilalaikan oleh dunia I_icon_minitime20th December 2011, 12:30 pm by amirz69

Top posters
amirz69 (1336)
Jangan dilalaikan oleh dunia I_vote_lcapJangan dilalaikan oleh dunia I_voting_barJangan dilalaikan oleh dunia I_vote_rcap 
salman (286)
Jangan dilalaikan oleh dunia I_vote_lcapJangan dilalaikan oleh dunia I_voting_barJangan dilalaikan oleh dunia I_vote_rcap 
phantom (86)
Jangan dilalaikan oleh dunia I_vote_lcapJangan dilalaikan oleh dunia I_voting_barJangan dilalaikan oleh dunia I_vote_rcap 
akhtar (81)
Jangan dilalaikan oleh dunia I_vote_lcapJangan dilalaikan oleh dunia I_voting_barJangan dilalaikan oleh dunia I_vote_rcap 
fire lord (55)
Jangan dilalaikan oleh dunia I_vote_lcapJangan dilalaikan oleh dunia I_voting_barJangan dilalaikan oleh dunia I_vote_rcap 
pizol96 (45)
Jangan dilalaikan oleh dunia I_vote_lcapJangan dilalaikan oleh dunia I_voting_barJangan dilalaikan oleh dunia I_vote_rcap 
hitaci96 (43)
Jangan dilalaikan oleh dunia I_vote_lcapJangan dilalaikan oleh dunia I_voting_barJangan dilalaikan oleh dunia I_vote_rcap 
duwax (35)
Jangan dilalaikan oleh dunia I_vote_lcapJangan dilalaikan oleh dunia I_voting_barJangan dilalaikan oleh dunia I_vote_rcap 
asyraf t5 (33)
Jangan dilalaikan oleh dunia I_vote_lcapJangan dilalaikan oleh dunia I_voting_barJangan dilalaikan oleh dunia I_vote_rcap 
mikhailaiman (26)
Jangan dilalaikan oleh dunia I_vote_lcapJangan dilalaikan oleh dunia I_voting_barJangan dilalaikan oleh dunia I_vote_rcap 
Statistics
We have 304 registered users
The newest registered user is minhtu

Our users have posted a total of 2056 messages in 1239 subjects
Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests

None

Most users ever online was 74 on 17th January 2018, 11:20 pm
CHATBOX
Live Traffic Map

 

 Jangan dilalaikan oleh dunia

Go down 
AuthorMessage
amirz69
Administrator
Administrator
amirz69


Posts : 1336
Points : 3198
Join date : 10/01/2010
Age : 27
Location : Kampung duyung,depan pc yg cantik,atas bumi terengganu

Jangan dilalaikan oleh dunia Empty
PostSubject: Jangan dilalaikan oleh dunia   Jangan dilalaikan oleh dunia I_icon_minitime18th March 2010, 6:36 pm

peringatan untuk kita semua...

Jangan dilalaikan oleh dunia

Ibn Kathir berkata: Kemudian Allah menceritakan berhubung dengan perhiasan kehidupan dunia bagi orang kafir dan reda dengannya dan berasa tenang serta cenderung ke arah dunia. Lantas mereka mengumpulkan harta benda dengan sebanyaknya sehingga menegah daripada membelanjakannya mengikut apa yang diredai Allah.

Lebih malang lagi mereka mengejek dan menghina orang Islam apabila mereka menafkahkan untuk mentaati tuhan mereka.

Sayid Qutub berkata: Di bawah bayangan amaran terhadap sikap ragu-ragu menyambut dakwah Allah dan terhadap perbuatan menukarkan nikmat Allah, maka ayat-ayat yang berikut menyebut pula keadaan orang-orang yang kafir. Ia turut menjelaskan keadaan orang-orang yang beriman sambil mendedahkan perbezaan di antara neraca orang kafir dengan neraca orang yang beriman dalam mengukur nilai-nilai, keadaan-keadaan dan orangnya.

Allah berfirman, Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturan-Nya) . (Al-Baqarah: 212)

Firman Allah s.w.t: Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir.

Dihiaskan manusia di sini dengan tiga pendapat:
Syaitan yang menghiasi mereka seperti kata al-Hassan.
Manusia dan jin yang memperdayakan mereka seperti kata sebahagian Ahli Kalam.
Bahawa Allah menghiasi mereka dengan syahwat.
Firman Allah: Sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Ini kerana mereka sangka yang mereka atas dasar kebenaran, justeru mereka mengejek orang lain yang lemah.

Mereka yang melakukan demikian terdapat dua pandangan:
* Ulama Yahudi.
* Musyrikin Arab.

Al-Qurtubi berkata: Ia merupakan isyarat kepada kaum kafir Quraisy kerana mereka membesarkan keadaan mereka berhubung dengan keduniaan di samping mengejek pengikut Muhammad s.a.w.

Ibn Juraij berkata: Mereka menuntut akhirat kerana dikatakan kepapaan mereka serta kemiskinan seperti Bilal, Suhaib, Ibn Mas’ud dan lain-lain.

Firman Allah: Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Ini terbukti mereka jauh lebih mulia pada hari akhirat berbanding dengan orang-orang kafir di dunia dahulu.

Firman Allah: Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturan-Nya) . Bagaimana dengan ayat ini sedangkan ayat 36 dalam Surah al-Naba’ menunjukkan pemberian yang terhad.

Jawapannya mempunyai enam wajah seperti kata al-Mawardi:
* Kekurangan tanpa hisab sedangkan balasan dengan hisab.
* Tanpa hisab kerana keluasan kerajaannya yang tidak binasa dan habis dengan kurniaan.
* Kerana kecukupan mereka tanpa hisab dan sempit.
* Sentiasa tidak terhad dan putus maka jadilah seperti dihisab.
* Rezeki di dunia tanpa dihisab kerana umum untuk orang kafir dan mukmin.
* Dikurniakan rezeki kepada orang beriman pada hari akhirat dan mereka tidak dihisab.

Sayid Qutub berkata: Yakni kehidupan dunia dengan segala kenikmatan yang sedikit, cita-cita dan minat-minatnya yang kecil dipandang begitu cantik dan indah oleh orang-orang yang kafir hingga mereka berhenti setakat kenikmatan itu sahaja tanpa melampauinya.

Mereka tidak memanjangkan pandangan mata mereka kepada sesuatu yang lain di sebaliknya. Mereka tidak mengenali nilai-nilai yang lain selain dari nilai-nilai hidup dunia. Dan sesiapa yang berhenti di perbatasan-perbatas an hidup dunia sahaja tidak dapat meningkatkan pemikiran dan kefahamannya kepada cita-cita dan minat-minat yang luhur yang difikir dan dipandang oleh orang-orang yang mukmin pada ufuk-ufuknya yang jauh.

Orang-orang yang mukmin kadang-kadang memandang kecil kepada seluruh nikmat-nikmat kesenangan dunia, ini bukanlah kerana semangat dan cita-citanya begitu kecil untuk merangkul nikmat-nikmat kesenangan dunia atau kerana tenaga kekuatannya begitu lemah untuk mencapainya.

Bukan pula kerana ia bersifat pasif tidak mahu membangun dan memajukan kehidupan dunia, tetapi kerana dia memandang dari atas – walaupun dialah yang memegang teraju pemerintahan di bumi ini dan membangunkan kemajuan dan tamadunnya dan berusaha menyubur dan mempelbagaikannya.

Oleh sebab itulah dalam hidupnya dia mahu mencari sesuatu yang lebih besar dan lebih mahal daripada nikmat kesenangan hidup di dunia ini.

Ia mahu menegakkan sistem Allah di bumi ini dan mahu memimpin manusia ke arah yang lebih luhur dan lebih sempurna. Dia mahu menegakkan panji-panji Allah di puncak bumi dan di atas kepala manusia.

Ini supaya mereka dapat melihatnya di tempatnya yang tinggi dan dapat memandang lebih jauh di sebalik realiti hidup yang sedikit dan terbatas ini. Ruang hidup yang dihayati oleh orang-orang yang tidak mempunyai matlamat yang tinggi, cita-cita dan minat yang besar serta pandangan yang sempurna.

Orang-orang yang berjiwa kecil dan tenggelam di dalam lumpur hidup dunia, orang-orang yang memperhambakan diri mereka kepada matlamat hidup di dunia, mereka melihat orang-orang yang beriman meninggalkan tanah-tanah lumpur dunia ini dengan meninggalkan segala kenikmatan dunia yang kecil.

Semua itu untuk menegakkan cita-cita yang besar yang bukan hanya membabitkan kepentingan diri mereka. Malah membabitkan kepentingan seluruh umat manusia iaitu cita-cita yang bukan bersangkutan dengan diri mereka, tetapi yang bersangkutan dengan akidah mereka.

Mereka melihat orang-orang yang beriman itu sanggup menderita kesusahan dan kesulitan kerana menegakkan cita-cita itu. Mereka sanggup menafikan kesenangan-kesenang an hidup yang dianggap oleh orang-orang yang berjiwa kecil sebagai intipati dan setinggi matlamat hidup dunia.

Apabila mereka berjiwa kecil dan padam cahaya hati nurani itu memandang kepada orang-orang mukmin yang hidup sedemikian rupa tanpa memahami rahsia cita-cita mereka yang tinggi itu, mereka pun mengejek keadaan hidup mereka, mengejek cara mereka berfikir dan mengejek jalan hidup yang dijalani mereka.

Iktibar dan pengajaran ayat:
*Perhiasan yang dihiasi kepada orang kafir dengan dunia sehingga menyebabkan mereka lalai dan hanyut sampai di hujung usia.
*Sifat mengejek amat tercela apatah lagi kepada orang-orang yang beriman dan mentaati Allah.
*Kurniaan Allah tanpa had dan batasan. Justeru mohonlah keampunan kepada-Nya.
Back to top Go down
https://pungkingstang.forumms.net
 
Jangan dilalaikan oleh dunia
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 5 Tips tidak dirompak oleh pencuri
» Klik di sini untuk ulasan filem Jangan Pandang Belakang.
» SEMBANG PIALA DUNIA DI SINI

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: T5REVOLTZ KOMUNITI :: Tazkirah-
Jump to: