Tak Semua Dapat Dicapai Akal
Jika dengan akalmu engkau dapat memperolehi apa yang engkau inginkan, maka takkan engkau dapati orang yang diberi rezeki. Engkau diberi harta kerana bodoh, tetapi engkau bukanlah orang gila yang mendapat rezeki.
Berserah Diri Sepenuhnya Kepada Allah
Ya Allah, apabila engkau sudah menyediakan bekal hidupku pada hari ini, maka kosongkanlah keinginan dariku. Jangan engkau sisipkan keingginan untuk meraih bekal pada hari esok, kerana esok hari tentu akan ada rezeki yang baru. Aku berserah diri kepada kehendak Allah. Akan ku tinggalkan keinginanku, demi keinginan Nya.
Cita-Cita Manusia
Semua orang mempunyai segudang cita-cita, namun tidak semuanya Allah kabulkan cita- cita itu. Semua orang pasti berkata tentang cara meraih harta dan kekayaan. Padahal ketaqwaan kepada Allah merupakan sesuatu yang paling banyak faedahnya bagi dirinya .
Tawakal Dalam Mencari Rezeki
Ku pasrahkan penerimaan rezeki hanya kepada Allah penciptaku, kerana aku yakin Dialah sebaik-baik pemberi rezeki. Apabila sesuatu telah ditakdirkan menjadi rezeki ku, tak mungkinlah ia terlepas dariku meskipun ia berada di kedalaman lautan. Kemanapun aku pergi, rezeki Allah pasti selalu mengunjungi ku walaupun aku tidak memintanya. Tak mungkin ada kehidupan tanpa rezeki, sebab ia telah membahagi-bahagikan rezeki.
Kerjakanlah Sesuatu Yang Engkau Mampu
Jika kulitmu gatal, garulah dengan kukumu sendiri. Kerana itu bererti engkau telah menyelesaikan tugasmu sendiri.
Jika engkau bercita-cita, gapailah cita-citamu itu dengan segenap kemampuan.
Kepuasan Al-Qana'ah
Aku melihat bahawa kepuasan itu pangkal kekayaan, ku pegang erat- erat hujungnya. Aku ingin meraih kepuasan itu secara menyeluruh. Aku ingin menjadi orang kaya tanpa harta, dan dapat memerintah orang-orang bagaikan seorang raja.
Zuhud dan Tenpat Kembalinya Orang -Orang zalim
Wahai dunia, kau membawa malapetaka bagi penduduk dunia. Tak nampak sesuatu pun dari mereka yang telah memperolehi dunia, kecuali pergi pada pagi hari dan pulang pada petang hari dengan dipenuhi kekikiran. Maka, ku hunus pedangku dan ku tebas batang harapan ku terhadap mereka yang penuh menaruh perhatian kepada dunia.
Lihatlah sekarang, aku tidak lagi berdiri di jalan itu atau duduk di pintu-pintu mereka. Aku adalah orang kaya tanpa harta dan tidak menyusahkan orang. Tidaklah termasuk kaya , orang yang masih selalu banyak mengharap sesuatu.
Ketika sang durjana telah mendapat kesempatan untuk mewujudkan kedurjanaanya, ia akan leluasa dalam berbuat kejahatan dan dosa. Maka tunggulah saat-saat kehancurannya, kerana bencana itu akan tiba, tanpa ia perhintungkan sebelumnya. Sering kita saksikan para durjana yang bersaksi mereka menyebar, ibarat cahaya bintang yang merangkak dicelah-celah kegelapan malam. Mereka adalah orang-orang yang tak sedar, akan peristiwa dahsyat, hingga ajal menjemput dan meragut nyawa mereka.
Pada saat itu, harta dan jawatan tak lagi boleh diharapkan, kecuali amal kebaikkan yang tertera pada buku amalnya. Ia akan memperolehi balasan atas apa yang telah diperbuatnya, dan Allah akan menurunkan seksa yang sangat pedih.
Tipuan Palsu
Aku melihat muslihat dunia tatkala ia berleluasa di atas kepala-kepala manusia dan membincangkan manusia-manusia yang terkena tipuannya. Bagi mereka, orang yang sepertiku nampak amat tak berharga . Aku disamakan olehnya dengan anak kecil yang sedang bermain dijalanan.
Bahtera Orang Beriman
Allah ciptakan hamba-hamba yang cerdas. Mereka meninggalkan dunia dan menghindari fitnah. Mereka melihat dunia dan isinya. Tatkala mereka tahu, mereka anggap dunia ini bukan tempat tinggal yang abadi. Bagi mereka, dunia bagai tak ubahnya samudera yang sangat dalam, dan bahteranya adalah amal soleh dan iman.
Mencintai Akhirat
Duhai orang yang senang memeluk dunia fana, yang tak kenal pagi dan petang dalam mencari dunia, hendaklah engkau tinggalkan pelukan mesramu kepada duniamu itu. Kerana kelak engkau akan berpelukan dengan bidadari di syurga. Apabila engkau berharap menjadi penghuni syurga yang abadi, maka hindarilah jalan menuju api neraka.
Persiapan Untuk Mati
Betapa banyak orang tertawa padahal kematian berada di atas umbun-umbunya. Dan jika ia mengetahui kematian itu, pasti ia akan mati kerana bersedih hati. Barang siapa tidak diberitahu saat kematianya pada esok hari, pastilah fikirannya akan melayang kepada rezeki yang akan diraihkannya setelah hari esok.