WELCOME TO T5CREW-SHARING IS GOOD

Dear visitor, you have not login.We recommend you to be registered and login.Be a T5 member now..just click register button....
If you forgot your password,Just Send PM to Admin this forum

IF YOU HAVE PROBLEM
EMEL ADMIN: amirz_69@yahoo.com



 
HomePortalSearchRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Brothers in Arms: Earned in Blood [Rip]
21st December 2011, 3:04 pm by amirz69

» The Suffering [Rip]
21st December 2011, 3:02 pm by amirz69

» Call of Duty: Modern Warfare 3 (Repack)
20th December 2011, 12:44 pm by amirz69

» Bully: Scholarship Edition (Repack)
20th December 2011, 12:42 pm by amirz69

» Assassin's Creed: Revelations (Repack)
20th December 2011, 12:41 pm by amirz69

» Battle: Los Angeles -SKIDROW
20th December 2011, 12:39 pm by amirz69

» The Secret Order: New Horizon
20th December 2011, 12:37 pm by amirz69

» Tom Clancy's Splinter Cell Chaos Theory [Rip]
20th December 2011, 12:35 pm by amirz69

» Tom Clancy's Splinter Cell Double Agent [Rip]
20th December 2011, 12:33 pm by amirz69

» Super Bikes Riding Challenge
20th December 2011, 12:30 pm by amirz69

Top posters
amirz69 (1336)
 
salman (286)
 
phantom (86)
 
akhtar (81)
 
fire lord (55)
 
pizol96 (45)
 
hitaci96 (43)
 
duwax (35)
 
asyraf t5 (33)
 
mikhailaiman (26)
 
Statistics
We have 304 registered users
The newest registered user is hafizkhan89

Our users have posted a total of 2056 messages in 1239 subjects
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 58 on 8th January 2016, 11:24 pm
CHATBOX
Live Traffic Map

Share | 
 

 PERKARA YANG DAPAT MELEPAS/MERINGANKAN DARI SEKSAAN KUBUR – HADIS

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
salman
Vip Person
Vip Person


Posts : 286
Points : 521
Join date : 12/01/2010

PostSubject: PERKARA YANG DAPAT MELEPAS/MERINGANKAN DARI SEKSAAN KUBUR – HADIS   27th February 2011, 10:24 am

Untuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya, seseorang Mu'mi perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w dalam Hadith dan Sunnah :

1. Memelihara Solat 5 Waktu.
Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya "Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu itu akan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.

2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian.
Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda: "Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai ke Syurga." (bagi mereka yg beriman). ** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh Abu Nu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.

3. Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak) pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.
Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah" (Pencegah, penahan dari seksaan) dimana beliau bersabda; "Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaan Kubur" Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusi Ibnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan. "Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak, adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur" Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahwa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah) dan Tabaarak.

4. Mati Syahid.
Hadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajah bahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur. Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalah lebih utama".Terkadang berliau bersabda: Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedang hatinya masih terikat dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah) nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur; sedangkan amalannya subur(terus bertambah;dipahalai sebagai hari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat." Riwayat At-Turmudzi; Hasan

5. Mati di malam atau siang hari Jumaat.
Rasullulah s.a.w bersabda: "Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur" Riwayat At-Turmudzi:Marfuu'


6. Mati sebab sakit dalam perut.
Abu Daud mengeluarkan Hadis secara Marfuu': "Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia diseksakan dalam kuburnya" - Juga Riwayat Ibu Maajah Al Baihaqi dan At-Turmudzi dimana dia menganggap ia Hasan.

7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah.
Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah saw bersabda: "Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yang menangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati dan terharu dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan menangis sahaja" Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan.
Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda : "Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan) Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari Kiamat" Riwayat At-Tabaraani

9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolongi orang sedang dianiayai.
Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah memberitakan: "Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan Kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan.Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api. Sesudah api hilang (padam)dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab : "(Ialah disebabkan) engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui orang yang sedang dianayai tetatpi engkau tidak memberikan pertolongan" Riwayat At-Tahaawi

10. Selalu memohon pada Allah swt agar dilindungi daripada seksaan Kubur.
Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah bgainda saw (yg perlu diikuti segera) iaitu dibacakan debelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi: "Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan daripada/fitnah (gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"

11. Seseorang hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah saw berbunyi: "Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku" Riwayat Abi Umaamah
Back to top Go down
View user profile
 
PERKARA YANG DAPAT MELEPAS/MERINGANKAN DARI SEKSAAN KUBUR – HADIS
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: T5REVOLTZ KOMUNITI :: Tazkirah-
Jump to: