Gigih tabah dan gagah!
Atuk aku dulu ada cerita yang onyang aku ke Mekah menaiki kapal. Abah dan Atuk aku pergi menunaikan haji menaiki kapal terbang dan ianya cukup comfy. Cikgu sekolah aku pula cucu kepada Tok Kenali di Kelantan. Dia ada bercerita yang Tok Kenali pergi haji menaiki pelepah kelapa. Dia duduk atas pelepah kelapa baca a few sura' dah sekonyong-konyong tiba di tanah suci. Orang Kelantan aku rasa pernah juga dengar yang Tok Kenali seberang sungai kelantan tak pakai bot. Ok ini perkara mistik.
Hari ini kita jarang dengar orang bersusah hendak tunaikan haji. Kebanyakkan dari 2 juta orang yang menunaikan hati setiap tahun tiba dengan kapal terbang. Paling cikai pun menaiki kenderaan bermotor.
Tapi tidak 2 brader yang cool ini. Nathim Cairncross (28) dan Imtiyaz Ahmad Haron (25) dari Cape Town Afrika Selatan, berbasikal dari rumah mereka ke Kota Mekah. Secara total mereka berkayuh selama 9 bulan merentasi 12 negara dan 2 benua untuk menunaikan rukun Islam ke lima ini.
Segalanya bermula 7 Febuari yang lalu di Cape Town dan berakhir Oktober lalu, 3 minggu sebelum bermulanya musim haji. Sepanjang perjalanan pelbagai pahit getir mereka tempuhi. Antaranya kerosakan basikan dan masalah bahasa ketika melintasi benua Afrika. Namun begitu mereka bersyukur kerana kemana sahaja mereka pergi, bantuan dari saudara seagama datang mencurah-curah. Apabila tiba disesuatu lokasi mereka pada asalnya becadang untuk tidur di masjid dan surau. Most of the time apabila mereka menceritakan niat mereka, ramai memberikan tempat tinggal dan makanan kepada mereka secara percuma! Urusan visa dan melintasi sempadan negara juga dipermudahkan kerana ramai pihak berwajib cukup kagum dengan apa yang mereka ingin lakukan
Nathim dan Imtiaz kini sedang menunaikan fardu haji. Selesai musim haji kelak mereka masih tak tahu bagaimana ingin pulang ke tanah air. Pelan asalnya ialah menjual basikal yang ditunggani mereka. Jika korang tersentuh dengan cerita mereka berdua ini dan ingin membantu sila lawati laman FACEBOOK mereka disini.
I'm not religious as you all know but I do admire their determination and BIG CAJONES to do this. Syabas bros!